PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Makanan tambahan.


Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Sunday 15 September 2013

7 SEBAB MENGAPA BADAN KITA MEMERLUKAN VITAMIN?


1. Dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita perolehi daripada makanan. Contohnya Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pen...cegahan dan anti penuaan.

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat - ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan.

5. Makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan

6. Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak dirumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan bahan kimia.

7. Bagi yang bekerja makanan tengahari selalunya diluar dan hidangan malam disediakan seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang kadangkala tidak dititikberatkan.

Saturday 17 August 2013

Diabetes

Haaa sapa kenal Thomas Edison, Ernest Hemingway, Elvis Presley????? Haaaa sapa tau angkat kaki....

Mereka bertiga ni tokoh terkenal, lagenda dan mereka juga menghidapi diabetes TETAPI diabetes tidak menghalang mereka meneruskan kehidupan yang amat berjaya. Sekiranya anda menghadapi diabetes, anda juga boleh berjaya.....

Secara ringkasnya diabetes adalah gangguan pada fungsi badan untuk menggunakan gula @ glukosa. Terdapat 2 jenis diabetes iaitu diabetes juvana di mana ianya jelas berlaku dikalangan kanak - kanak atau bayi. Ianya mungkin disebabkan oleh pengurangan insulin dalam badan. Seseorang yang bergantung dengan insulin terpaksa mengambil suntikan insulin setiap hari untuk terus hidup.
Jenis yang kedua pula dikenali pula sebagai diabetes permulaan dewasa kerana ia paling kerap berlaku pada sekitar pertengahan umur dan bukan disebabkan oleh kekurangan pengeluaran insulin tetapi kerana ketidakupayaan badan untuk menggunakanya secara berkesan.

INSULIN DAN FUNGSINYA

Insulin adalah hormon yang membawa glukosa ke seluruh tubuh. Glukosa pula berfungsi sebagai bahan bakar kepada setiap sel tubuh badan kita. Hormon ini dihasilkan di prankreas. Terdapat banyak bentuk gula dalam diet seharian kita contohnya sukrosa, laktosa dan lain - lain lagi TETAPIsebelum badan menggunakannya ia akan ditukarkan kepada glukosa terlebih dahulu.

Sebaik sahaja glukosa berada dalam darah, glukosa kemudiannya akan masuk ke dalam setiap sel dan kemudiannya menjana tenaga. Ada 2 keadaan dimana insulin tidak perlu berada di dalam darah. 1 ialah berhubung degan sel - sel otak. Ke 2 ialah dalam pengawalan diabetes melalui SENAMAN. Bersenam akan menyebabkan sel - sel otot menyingkirkan glukosa dalam darah tanpa melibatkan insulin. Oleh itu, senaman boleh menurunkan paras gula dalam darah. Ini merupakan kaedah yang amat penting untuk penghidap kencing manis.

Apabila ia berfungsi secara normal, pankreas bertindak balas terhadap setiap pergerakan turun naik gula dalam darah. Jika gula darah meningkat insulin akan dilepaskan manakala jika gula dalam darah menurun perlepasan insulin akan dihentikan.

APA AKAN TERJADI TANPA INSULIN?

Apabila paras gula dalam darah mula meningkat dengan cepat, ini akan menghasilkan empat gejala klasik bagi diabetes juvana.

Kerap membuang air kecil(Poliuria).
Keadaan ini terjadi kerana buah pinggang dirangsangkan oleh paras glukosa yang tinggi untuk menghasilkan volum air kencing yang besar dan sarat dengan glukosa. Pada paras glukosa yang normal, buah pinggang memulihara glukosa jadi glukosa tidak terdapat dalam air kencing.

Dahaga yang berlebihan(Polidipsia)
Apabila penghidap diabetes kerap membuang air kencing maka penghidap diabetes mudah merasa sangat dahaga dan akan minum air dengan banyak bagi menggantikan air yang telah dibuang.

Kehilangan berat badan
Sel - sel tidak mendapat bekalan glukosa. Ini akan mengakibatkan kehilangan berat badan. Walaupun anda makan dengan banyak , kehilangan berat badan terus berlaku kerana sel - sel tidak boleh menggunakan glukosa. Jika keadaan ini berterusan ia akan mengakibatkan darah semakin berasid. Keadaan ini dikenali sebagai ketoasidosis diabetes. Sekiranya berterusan dan amat berbahaya ini akan mengakibatkan pesakit mungkin koma diabetes dan mungkin terus mati.

DIABETES MELITUS jenis 2( diabetes militus yang tidak bergantung kepada insulin) merupakan diabetes yang seringkali kita jumpai. Ia tidak mempunyai gejala - gejala seperti kerap membuang air kencing ataupun kehausan. Pesakit yang menghidapinya lazimnya mempunyai berat badan yang berlebihan, dalam lingkungan pertengahan umur, hubungan genetik dan tidak aktif. Sekiranya terdapat ahli keluarga/ keturunan yang menghidapi diabetes maka eloklah anda mengambil langkah berjaga - jaga.
Rawatan yang biasa dilakukan adalah seperti menurunkan berat badan dan bersenam. Diabetes jenis ini umumnya tidak mempunyai masalah dengan pengeluaran hormon insulin TETAPI diabetes jenis ini bermasalah apabila untuk menerima insulin. Sel tubuh badan tidak dapat menerima insulin. APA YANG MENGGANGGU? hihihihi sudah tentulah lemak - lemak yang menyebok ganggu...Dengan hanya mengurangkan berberapa paun berat badan, ramai pesakit diabetes jenis ini dapat mengawal masalah mereka.

Lebih kurang cam ni lah ceritanya...
Andaikan pengeluaran insulin sebagai pembuka pintu sel/ kunci. Penerima insulin sebagai tombol pintu. Bayangkan anda ada banyak kunci tapi tak ada tombol pintu ataupun tombol pintu daqh rosak. Boleh tak anda buka pintu?? Dah tentu tak boleh. Dalam masa yang sama ada pulak minyak ditombol(lemak). Minyak/ Lemak ni ishhh ngaco jeee keje die...dah tombol tu jadi licin lagi lah susah. Susah la nak dibula pintu itu...Sama macam insulin tak dapat nak masuk ke sel tubuh badan.

DIABETES GESTASI
Berlaku semasa kehamilan apabila perubahan hormon berlaku. Walaubagaimana pun, selalunya ia akan hilang selepas bersalin. Wanita yang mengalami masalah ini mudah diserang oleh masalah saluran kencing dan preaklampsia.

Semasa mengandung, hormon yang dikeluarkan oleh uri (plasenta) mengganggu keberkesanan insulin, hasilnya, hiperglisemia mungkin berlaku. Puan boleh mendapat diabetes gestasi walaupun tidak ada risiko yang dikenal pasti. Lazimnya kencing manis yang berlaku semasa mengandung hilang selepas kelahiran. Namun demikian, risiko untuk mendapat kencing manis pada masa hadapan adalah tinggi.

Masalah kencing manis semasa mengandung
Risiko kesihatan akan meningkat dengan peningkatan paras gula darah. Setengah daripada komplikasi ini meningkatkan risiko untuk kelahiran secara pembedahan. Inilah sebabnya mengapa paras gula darah perlu dikawal.

Permasalahan yang mungkin puan hadapi sekiranya puan berisiko untuk penyakit kencing manis semasa mengandung:
  •  Janin menjadi besar dikenali sebagai makrosomia. Ini disebabkan oleh gula berlebihan memasuki janin dan mengarahkan tumbesaran pesat, akibatnya janin menjadi besar dan mungkin sukar untuk dilahirkan secara normal, kejadian kelahiran tersekat terutamanya pada bahagian bahu meningkat.
  •  Kejadian darah tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing meningkat, ini dipanggil pre-eklampsia. Jika dibiarkan, boleh menyebabkan sawan, kegagalan hati dan juga buah pinggang. Puan mungkin terpaksa melahirkan anak sebelum masanya untuk mengelakkan komplikasi dan musibah yang melanda sistem dalaman organ. Kematian juga boleh berlaku pada janin.
  • Meningkatnya cecair likuor di kantung di mana janin berada. Ini menyebabkan saiz kandungan melebihi saiz sebenar mengikut kiraan, menyebabkan ketidakselesaan seperti kesukaran bernafas. Kelahiran mungkin berlaku sebelum sampainya penggal kematangan iaitu sebelum 38 minggu.
  • Jangkitan sistem pundi kencing. Sekiranya tidak dirawat, jangkitan di pundi kencing akan merebak ke buah pinggang.
  •  Sindrom kesukaran pernafasan mungkin berlaku pada bayi. Risiko ini meningkat untuk ibu-ibu yang mempunyai kencing manis semasa mengandung, lebih-lebih lagi apabila kelahiran awal sebelum tempoh terpaksa dilakukan.
  • Kematian bayi di dalam kandungan, mungkin berlaku sekiranya kencing manis gagal dikawal. Ini termasuklah keguguran.



KOMPILASI DIABETES JANGKA PANJANG

Paras gula yang tinggi akan membawa kepada kompilasi yang berikut:
  • serangan jantung (arteroskleorosis)
  • masalah mata (retinopati)
  • masalah neurologi (neuropati)
  • tekanan darah tinggi
  • kegagalan buah pinggang
  • jangkitan

fuhhhhh punya la banyak...nanti kita sambung lagi detail pasal kompilasi ni...baru shok kalau paham satu per satu.....

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Disini Shaklee ada menawarkan berberapa suplemen yang bersesuaian dengan pesakit diabetes/ sugar control iaitu
  • Zinc Complex - bantu tubuh hasilkan insulin dan pulihkan luka dengan cepat
  • Vitalea - mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap
  • B Complex - menukar gula kepada tenaga dan bebaskan tenaga
  • Vita C - kukuhkan kapilari dan sel darah

Pesakit kencing manis juga boleh mengambil suplemen di bawah untuk kesan yang lebih baik:
  • Vivix
  • Cinch Shake Mix
  • Omega Guard
  • Energy Soy Protein

Insya-Allah, dengan pengambilan konsisten dan doa serta tawakal pastinya diabetes anda dapat dikawal. Suplemen2 di atas terbukti secara klinikal membantu pesakit diabetes secara ringkasnya:


Hubungi kami di FB Page : SuperSihat, SMS/Whatapps : 012 4882794 untuk mendapatkan suplemen anda dengan harga terbaik.

Wednesday 14 August 2013

PRODUK SHAKLEE ADA KELULUSAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tak usah risau tak usah takut, produk Shaklee memang selamat dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. SELAMAT.....


Monday 5 August 2013

CoQ10

Photo: MANAFAAT COQ10



UNTUK KESIHATAN JANTUNG

** Rawatan dan pencegahan penyakit kardiovaskular, termasuk arterosklerosis(arteri tersumbat)

** Mengurangkan kekerapan 'angina episode' dan menguatkan otot jantung

** Tekanan darah pada pesakit dengan tekanan darah tinggi



UNTUK KANSER

** Doktor telah menggunakan CoQ10 untuk merawat kanser payudara dan kesihatan sokongan kepada pesakit yang menerima kemoterapi.



PENYAKIT GUSI

** CoQ10 telah digunakan dengan keputusan yang baik untuk merawat gejala distrofil otot dan penyakit gusi



KESIHATAN MENTAL

** Kajian makmal menunjukkan bahawa pesakit Parkinson boleh mendapat manfaat daripada CoQ10 tambahan.



RAWATAN OBESITI

** Kajian menunjukkan bahawa suplemen CoQ10 boleh mengurangkan berat badan dan ia telah dicadangkan bahawa CoQ10 boleh memberi manafaat dalam rawatan pesakit dengan sindrom keletihan kronik.



KESUBURAN

**CoQ10 turut dikaitkan dengan peningkatan dalam jumlah sperma dan membantu kesuburan lelaki.



Sumber:iSihat



Wahhh...banyaknya kelebihan CoQ10..ermmm jom pakat pakat ambil SHAKLEE CoQHEALTH PLUS....sekurang - kurangnya dapat kita dapat menafaatnya...****SAYANGI KESIHATAN KARDIOVASKULAR****



Berminat :) sila hubungi kami...sms/whatapps : 012 4882794 @ pm kami...

Sunday 28 July 2013

Diet Untuk Pesakit Gout

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk atritis yang di akibatkan oleh pengumpulan hublur-hablur asid urik pada sendi - sendi. Gout disebabkan oleh peningkatan asid urik dalam darah. Apabila kandungan asid urik ini terus meningkat sebahagian dari asid urik ini akan membentuk kristal asid urik pada sendi - sendi dan menyebabkan kesakitan pada sendi, sukar bergerak, pembengkakakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang pada sendi ubu jari kaki.
Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia dan makanan. Ia juga mungkin terbentuk dari pemecahan sel-sel tua dalam hati. Kebiasaannya purin larut dalam darah dan di kumuhkan melalui air kencing. Sumber protein dalam daging merah dan makanan laut mengandungi kandung purin yang boleh meningkatkan risiko pembentukan gout.

Protein ----diuraikan--->Asid amino----diuraikan---->Asid urik

TANDA - TANDA GOUT
  •  rasa panas, sakit, bengkak dan kemerahan pada sendi terutamanya sendi kaki
  • kawasan kulit pada sendi yang terlibat gatal dan mengelupas
  • kesakitan yang bermula pada waktu malam dan tidak boleh tidur
  • demam
 PEMAKANAN UNTUK PESAKIT GOUT
  • Pesakit gout perlu cuba menurunkan berat badan secara perlahan - lahan iaitu di antara 0.5 hingga 1.0 kg dalam masa 1 minggu. Penurunan berat badan yang drastik akan menaikkan paras asid urik dalam badan.
  •  Perlu minum banyak air, sekurang - kurangnya lapan gelas sehari ataupun 2 liter sehari untuk menyingkirkan asid urik dan mencegah pembentukan batu karang. air dapat mencairkan kandungan asid urik sekali gus membantu menyingkirkan asid urik dari badan.
  • Elakkan pengambilan alkohol. Pengambilan alkohol yang berlebihan akan menyebabkan pengumpulan asid laktik yang dapat menghalang fungsi buah pinggang untuk menyingkirkan asid urik.
  • Elakkan mengambil makanan tinggi purin. Daging merah, organ dalaman adalah sumber protein yang tinggi urin. Sebagai alternatif lain pesakit gout boleh makanan seperti ikan ataupun tofu.

MAKANAN TINGGI PURIN
  • organ dalaman seperti limpa, hati dan jantung
  • ikan bilis/ budu
  • ikan kembung/ ikan cencaru/ ikan parang
  • telur/ ikan/ makanan laut/ sardin
  • ekstrak lembu/ kiub sup
  • angsa/ ayam hutan
  • rebung/ petai/ jering
  • ragi

MAKANAN SEDERHANA PURIN
  • daging merah
  • ayam/ itik
  • kacang parang
  • kacang peas
  • kacang dhal
  • bayam
  • cendawan
  • bunga kobis

Wahhhhh...banyak pulak makanan yang mengandungi purin yang tinggi ni....aduhhh lepas tu nak makan apa macam ni...bukan tak boleh makan...boleh tapi mesti secara sederhana...

Selain daripada itu, kebanyakkan pengguna - pengguna tegar Shaklee sangat gemar mengambil Alfafa, OmegaGuard, Jointh Health Tablet dan Performance Drink sebagai makanan tambahan yang dapat membantu mereka dalam masalah ini.....

Seperti yang kita sedia ketahui suplemen2 tersebut dapat membantu dalam.. .....
Alfafa ----> membantu menyingkirkan asid urik dalam badan
OmegaGuard ----> mengelakkan radang sendi
Joint Health Tablet ------> memberi keselesaan pada sendi
Performance Drink --------> untuk membantu mengatasi dehidrasi badan supaya asid urik sentiasa boleh diproses keluar

  
Membantu menyingkirkan asid urik dalam badan

Memberi keselesaan pada sendi
Mengelakkan radang sendi
Membantu mengatasi dehidrasi badan supaya asid urik sentiasa boleh diproses keluar

Saturday 27 July 2013

Tepung Ubi Penawar Ruam

Ermmm senang saja, boleh cuba kat rumah dengan mudah....Ambil tepung ubi dan lumurkan ke bahagian - bahagian yang ada ruam selepas mandi. Pastikan bahagian - bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti leher, punggung dan dada dilumur dengan tepung ubi.

Selamat Mencuba.....

Wednesday 24 July 2013

Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


Buah pinggang ataupun ginjal berfungsi sebagai penapis darah untuk menyingkirkan bahan buangan yang tidak diperlukan oleh tubuh dalam bentuk air kencing. Ia turut berfungsi mengekalkan keseimbangan jumlah cecair dalam tubuh, mengawal tekanan darah dan menghasilkan hormon bagi memastikan tulang kuat dan badan sihat. Apabila buah pinggang gagal berfungsi dengan baik, bahan buangan yang sepatutnya dikeluarkan melalui air kencing akan kekal di dalam darah menyebabkan hilang selera makan, loya, muntah dan keletihan serta penurunan berat badan.

Penyakit buah pinggang kronik(CKD - Cronic Kidney Disease) adalah kemerosotan fungsi buah pinggang yang tidak boleh dipulihkan dan berlaku secara beransur-ansur dalam jangka masa panjang. Setiap tahun ramai yang meninggal dunia akibat masalah buah pinggang yang berpunca daripada penyakit kencing manis.
Faktor yang mengakibatkan CKD adalah sakit jantung, gout, darah tinggi dan penggunaan ubat tahan sakit yang berpanjangan. Apabila CKD tidak terkawal pada peringkat awal ia akan mengakibatkan kerosakkan buah pinggang.

NUTRIEN YANG PERLU DI AWASI OLEH PESAKIT BUAH PINGGANG

PROTEIN
Protein penting kerana membantu tubuh kita menyembuhkan badan kita daripada kecederaan dan pendarahan. Namun begitu, sekiranya anda disahkan menghidap penyakit buah pinggang anda perlu menghadkan pengambilan protein kerana buah pinggang tidak dapat menapis terlalu banyak sisa protein. Ia juga bergantung kepada tahap dan saiz badan dan tahap penyakit buah pinggang yang dihadapi tersebut. Jika sudah sampai ke tahap dialisis pengambilan protein perlu ditingkatkan kerana ia akan disingkirkan semasa proses dialisis. Dalam masa yang sama pesakit juga mesti bihak memilih makanan protein yang rendah fosforus.

SODIUM
Penyakit buah pinggang menyebabkan kesukaran untuk menghapuskan garam dan cecair yang berlebihan daripada badan. Bagi pesakit buah pinggang, mengurangkan sodium dalam diet akan membantu mengawal tekanan darah dan mencegah bahan buangan dan bahan cecair berkumpul di dalam badan. Pengambilan sodium dihadkan kepada 2000miligram(kurang dari 1 sudu teh) sehari. Kurangkan pengambilan makanan yang diproses kerana ia mempunyai kandungan sodium yang tinggi. Terlalu banyak mengambil sodium menyebabkan seseorang itu cepat berasa haus dan sukar mengawal pengambilan cecair sedangkan pesakid CKD perlu menghadkan pengambilan cecair.

POTASSIUM
Bahan mineral yang mengawal otot dan fungsi saraf di dalam badan. Buah pinggang yang sihat akan memastikan kadar potassium sentiasa normal dan akan menyingkirkan jumlah berlebihan. Jika kadar potassium yang tinggi ia akan menyebabkan lemah jantung, dengupan jantung tidak tetap, lesu dan kesukaran bernafas. Contoh makanan yang mengandunggi potassium seperti bijirin gandum penuh, roti dan biskut, tomato puri, daging, ekstrak sayuran, kiub stok dan minuman berasaskan malta.

FOSFORUS
Kalsium dan fosforus adalah meneral yang membantu pertumbuhan tulang yang sihat. Hampir 85% daripada jumlah fosforus di dalam badan berada dalam tulang anda. Buah pinggang yang sihat membantu di dalam penyingkiran lebihan fosforus dan menyeimbangi thap fosforus di dalam darah. Buah pinggang yang tidak sihat tidak dapat membung fosforus dari darah dan mengakibatkan kandungan fosforus yang tinggi dalam darah(hyperphosphatemia). Keadaan ini menyebabkan kurang kalsium dalam badan dan menyebabkan sakit tulang atau sendi. Bagi pesakit buah pinggang, tahap fosforus yang dibenarkan adalah sebanyak 800 hingga 1000 miligram. Kebanyakkan makanan mempunyai fosforus, makanan yang mengandungi protein juga kaya dengan fosforus.

Sumber : Anis Mac 2013

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...